(169) Pertandingan Pidato


Pada 13 Mei yang lalu, peserta kita telah menyertai pertandingan ko akademik iaitu Pidato DiRaja 2009 peringkat QIT Melor. Beliau ialah Saidatul Nor Afiqah bt. Mohd. Anuar yang juga merupakan Penolong Ketua Murid SKSM. Beliau yang ditemani jurulatih iaitu Cgu Suria telah melangkah bergaya ke lokasi pertandingan iaitu di SK Padang Mokan.


Bakat yang tekah dicungkil, diasah, diketengah dan dipertandingkan ini telah membawa harapan yang tinggi dari pihak sekolah. Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi kita apabila beliau hanya berjaya mendapat tempat ketiga. Walau apapun, jalan yang dirintis ini masih jauh penghujungnya. Semoga Saidatul terus mengasah bakat untuk lebih maju apabila menjejakkan kaki di sekolah menengah kelak.


Cgu Suria juga usah gusar dan berdukacita kerana kita sekurang-kurangnya telah berjaya mencungkil satu bakat baru dalam daya kepimpinan di kalangan pelajar yang mampu mengemukakan pendapat, melontarkan hujah dan berani bersuara di hadapan khalayak pada masa dan tempat yang sepatutnya. Bakat sebeginilah merupakan pemangkin kepada tunggak kepimpinan yang ada sekarang. Selamat berjaya Saidatul.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan