(167) Pesta Sukan: Hari Kedua

Hari ini masuk hari kedua Pesta Sukan SKSM'09 di mana pertandingan bola tampar antara rumah diadakan. Sebagaimana bola sepak dan bola jaring, perlawanan bola tampar juga tidak dapat diadakan secara liga dek kerana kekangan masa. Perlawanan hanya diadakan secara kalah mati, di mana yang menang akan lawan yang menang untuk menentukan johan dan naib johan manakala yang kalah lawan yang kalah untuk ketiga dan keempat. Walaupun latihan tidak dapat diadakan secara lebih intensif kerana pada waktu petang sering terjadi ribut petir! (plakar/pokndir)... namun pemain-pemain dapat bermain dengan agak baik (cuma, mereka tidak dapat menunjukkan kemahiran sebenar).

Nampaknya pengadil sudah bersiap sedia untuk memulakan perlawanan. Katanya, "Tunggu saya siup wisel dulu baru awok serve. Kalu tak siup lagi jange serve! Awok pehe dok ni???"

"OK, jaga Kuning... aku nak serve doh ni...."

Kelihatan guru rumah Kuning mundar-mandir di tepi gelanggan seolah-olah kurang berpuashati tentang sesuatu. Mungkin kerana anak buahnya ramai yang serve tak lepas kot... Lain kali kena bagi minum Milo dulu, baru ada tenaga.

Aaa... tengok, tengok. Dia dah masuk gelanggang. Orang kalau nak bagi tunjuk ajar, buat la masa latihan. Masa sekarang ni untuk lawan dah bang oiii...!!! Tengok cikgu rumah Merah ni, sempoiii aje... Haaa... tengok, pengadil dah bagi amaran supaya guru Rumah Kuning keluar padang tu. Apa taknya, tadi sorang aje, ini dah sampai dua orang. Kalau cikgu tadi nak ajar cara nak ambik bola, yang ini siap bagi ceramah kaunseling pulak tu haa... (Tak percaya, tengok gambar). Nasib baik laa pengadil ni tegas orangnya... Kalu tidok gak, pah kecerah dok lagu ni.

Aaa, ini ahli rumah Merah. Selamba je... Yang sorang tu siap pakai uniform lengkap. Nasib baik neck-tie dan blazer dibukaknya. Mana baju sukan weyy? Takpe, itu baru pakai macam tu. Kalau pakai betul-betul, mesti Johan punya...

"Oi, cikgu Aniza ajar pegang macam ni laa... Macam niii!!! Mu buat tu macam orang nak baca doa!"

Penyokong setia Kuning kelihatan gusar apabila pasukan mereka terpaksa berhadapan dengan rumah Merah yang hebat (sebagaimana yang diperkatakan oleh semua orang)

Begitulah serba sedikit corat-coret untuk hari ini. Kepada yang tersindir, terkutuk tu, harap maaf laa... Sebenarnya banyak lagi berita dan gambar nak masuk ni tapi tak sempat la... InsyaAllah besok.... check it out!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan