(158) Hari Guru: Persembahan Guru Besar

Tuan Guru Besar telah sudi untuk memeriahkan lagi acara dewan dengan mempersembahkan nyanyian karaoke. Lagu yang dipilih adalah 'Andainya Aku Pergi Dulu' (Alleycats). Bagi menambahkan keyakinan dan memantapkan lagi persembahan, beliau telah menjemput beberapa orang guru untuk 'menyumbangkan' suara sebagai backing vocal.

Namun, bagai 'kaduk naik junjung', guru-guru yang dijemput untuk mengiringi persembahan Guru Besar mula lupa diri. Mikrofon yang pada mulanya dipegang oleh GB akhirnya bertukar tangan. Sekarang dah jadi 'lebih sudu dari kuah'.... kini dah terbalik, Guru Besar pula yang jadi penyanyi pengiring. Walau apapun, tabik untuk boss atas kesudian menyahut cabaran anak-anak buah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan