(157) Hari Guru: Acara Bowling Padang

Melihatkan gaya Cgu Faizah membuat balingan, saya dah tahu dah, kalau bukan murid kepada Shalin Zulkifli, mesti dia ni sifu kepada Shalin. Pasal apa, gaya balingan antara mereka berdua sama, sebijik, saling tak tumpah!!! Bezanya, Shalin kerap buat 'strike', Cgu Faizah selalu buat balingan 'sekerat' (bola tak sampai)... Huhuuu, syahdunya...

Kalau main bowling biasanya kita buat jatuhan pin, tapi kali ini bukan pin yang jadi sasaran, sebaliknya botol air mineral. Siapa yang baling dan kena maka guru itu berjaya mendapat minuman tersebut. Dengan syarat, seorang peserta hanya layak mencuba sekali sahaja... Yang tak kena terpaksa laa pergi koperasi beli sendiri. Tapi, sesekali fikir, macam main baling-baling kat tempat ekspo atau funfair pulak. Hehee... tapi tak mengapa, yang ini tidak ada unsur judi kerana peserta tidak perlu membayar apa-apa, hanya kemahiran sahaja yang diperlukan.

Cgu Ainuddin tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan kemahiran. Sekali baling, 2 botol dia dapat. Inilah yang dikatakan rezeki. Macam jugak dengan peperiksaan PTK, sekali duduk terus dapat 4, 4... Heheee, sori... ke situ pulak perginya! Walau apapun, tahniah kerana pihak sekolah menyediakan hadiah yang cukup. Kalau ramai yang berkemahiran macam Cgu Ainuddin, jenuhlah pihak penganjur nak sediakan botol minuman tu.

Masing-masing berdebar-debar menunggu giliran. Entah ayat apa yang diorang baca kerana kebanyakan mereka berjaya membuat jatuhan pin, maksud saya, jatuhan botol dan mendapat hadiah yang disediakan. Saya sendiri? Alamak, saya sendiri tak berjaya laa... Sipi-sipi je, dalam 5 cm lagi nak kena.

Cgu Saniah dan Cgu Rossaedah juga turut berjaya membuat balingan tepat. Saya sendiri??? Saya sendiri, tanpa disedari oleh sesiapa, telah mencuba sekali lagi tetapi..... sekali lagi bola itu hanya lalu di celah-celah barisan botol-botol itu. Aduuyaiii, kenapalah tangan ni... mungkin kerana saya ni kidal (left-handed) kot!!! Ini kalau Man Kidal tau, marah dia. Takkan itu nak dijadikan alasan pulak, kan?

Tapi takpe, bila semua orang dah tak perasan, saya cuba lagi sekali (buat kali yang ke-3) dan kali ni... TAPP!!! Tepat ke sasarannya. Jatuh tergolek botol mineral tu dan aku pun berlalu dengan kuntuman senyuman kepuasan dan sebotol minuman di tangan. Kepada pihak penganjur, aku mintak halal la ye...? Walaupun syarat menetapkan seorang cikgu hanya 1 percubaan sahaja, namun aku terpaksa mencuba sampai 3x kerana aku terlalu berhajatkan hadiahnya. Saya tengah haus sangat masa tu.... mintak maaf semua, wahalaalan toyyiba.

*****

Sila klik pada gambar untuk melihat gambar dalam saiz yang besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan