(147) 16/05/09 Hari Guru

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa

*****

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang pernah mengajar diri ini iaitu di;
1975-1980 SK Bukit Marak, Bachok, Kelantan - Cgu Zakiah Daud, Cgu Siti Mas, Cgu Ibrahim Jaafar, Cgu Mat Husain, Cgu Hassan Ali, arwah Cgu Kob, arwah Cgu Li, Sir Nik Mohd. Yusoff, Sir Thangarajoo a/l Samudy, Ust Zainal, arwah Ust Zainab, Teacher Rashidah, Teacher Hanifa, Cgu Hasmah, etc.
1981-1985 SM Sains, Pengkalan Chepa, Kelantan (sekarang SMS Tg. Muhammad Faris Petra) - Cgu Shafii (bekas Pengarah JPN), Cgu Zakaria Puteh, Dr. Chan, Cgu Chew Chea Poo Choo, Cgu Rahim, Cgu Abu Bakar Ibrahim, Cgu Hassan Ali, Cgu Hamdi Awang, Cgu Eu Foo Onn, Cgu Arshad, Cgu Razak Said, Cgu Sharifuddin, Sir Teh Keng Boo, arwah Ust Yusoff Muda, arwah Ust Hussain, Ust Bakar, Cgu Che Husein, etc.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan