(136) Susu Kambing (iii)

Apakah Perbezaan Antara Susu Kambing dari Barat, Afrika dan Lain Lain Tempat?

Seelok-elok susu kambing adalah daripada kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi. Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu. Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).

Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing termasuklah para remaja, dewasa dsb.
Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia. Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit sembelit.

Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi. Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan. Ia tidak rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya tidak akan hilang berbanding susu-susu lain, misalnya susu lembu. Susu kambing yang baru diperah tidak berbau hanyir, sangat sedap dan lemak. Ada petua mengatakan, kalau nak minum susu kambing, masukkan sedikit halia dan daun palas supaya tidak bau hanyir.

Setakat yang saya tahu, di kawasan kita ini ada juga tempat-tempat yang menjual susu kambing, misalnya di Pauh Lima (Jalan Aril), Badak Mati (Jalan Bukit Marak-Pauh Lima), dan Chicha (kalau dari Melor, selepas jambatan Pasir Tumboh belah kanan). Kepada sesiapa yang tahu mana-mana tempat lain yang ada menjual susu kambing, silalah maklumkan dengan mengisi ruangan Komen/Catatan dibawah. Manalah tahu kalau-kalau sumbangan kita yang sedikit ini dapat membantu mereka yang memerlukan, insyaAllah menjadi pahala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan