(92) Rahsia Alam: 15 Fakta Menarik

1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan oleh senjata nuklear yang terdapat di bumi.
4. Secara purata, ramai manusia lebih takutkan labah-labah daripada takutkan mati.
5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
6. Satu daripada dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.


10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak
pernah berhenti semasa hidup.
12. Semua beruang kutub adalah kidal (alamak! aku kidal...!!!!)
13. Mata burung unta lebih besar daripada saiz otaknya.
14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina daripada huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci (keyboard).
15. Terdapat ramai juga pembaca yang cuba untuk menjilat sikunya sendiri. Anda bagaimana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan