(85) Madu


Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat untuk mengikut nasihat al-Qur'an, maka Allah s.w.t akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat menumpukan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Allah s.w.t telah meletakkan barakah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasulullah s.a.w sangat menyenangi madu. Biasakanlah dirimu memperolehi dua ubat iaitu meminum madu dan membaca al-Quran".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan