
Aktiviti memanaskan badan dan regangan
dikendalikan oleh Cgu Aniza
Mendengar taklimat ringkas daripada Setiausaha
Sukan & Permainan, Cgu Shukran
Bersedia untuk memulakan larian.
Setiap kategori dilepaskan berasingan dengan didahului oleh seorang
marsyal bermotorsikal. Kawalan keselamatan trafik turut dibantu oleh
pihak polis dari Balai Polis Melor... terima kasih, tuan!
Larian dimulakan pada jam 08:30am
Tuan Guru Besar melepaskan para peserta
Penolong Kanan 1 turut bertugas selaku Hakim Pelepas
Merentasi Kampung Hutan Buloh sejauh 5km
Walaupun padang digenangi air ekoran hujan pada malam
sebelumnya, namun tidak mematahkan semangat para peserta
untuk mara ke garisan penamat. Nasib baik air tidaklah dalam
sangat. Kalau tak, boleh buat acara berkayak pula lepas ni.
Dengan keringat membasahi badan, kepenatan jelas terbayang...
usaha sudah dilakukan namun apakan daya pasukan Rumah Merah
tidak menyerlah dan kejayaannya kurang menyinar pada tahun ini
Setelah penat berlari, marilah kita duduk sama-sama tanpa
mengira warna pasukan sambil menikmati air oren membasahkan tekak
Penyampaian hadiah oleh Tuan Guru Besar
Ini budak besar mana pulak yang terima hadiah daripada PK HEM
ni? Ehh, Cgu Asri ke? Bila masa pulak cikgu lari?
Aku pun sedih jugak oii... tapi takkanlah 'frust' macam tu sekali.
Rilek laa brader...
Program Merentas Desa tahun ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada sebelah petang, namun setelah menyedari cuaca yang tidak menentu pada akhir-akhir ini terutama sekali di sebelah petang, maka akhirnya acara ini dianjak ke sebelah pagi. Dalam suasana pagi yang masih berkabus, semua murid Tahap 2 mula berkumpul di Dataran Bendera untuk mendengar taklimat seterusnya melakukan aktiviti memanaskan badan serta regangan.
Program bermula sebagaimana yang dijadualkan. Setelah para guru yang bertugas di 'check point' mengambil tempat masing-masing, pelepasan larian dilakukan mengikut kategori. Para peserta berlari dengan didahului oleh marsyal. Larian yang memakan jarak 5km itu merentasi Kampung Hutan Buloh dengan melintasi 9 'check point'. Akhirnya, 20 peserta yang terawal tiba bagi setiap kategori dicatat mata untuk pasukan dan menerima hadiah yang disediakan. Keputusan himpunan mata di akhir acara adalah seperti di bawah. Mata ini akan dibawa ke hadapan untuk dikumpulkan dalam Sukan Tahunan yang akan diadakan nanti.
KEDUDUKAN & JUMLAH PUNGUTAN MATA:
1> Rumah Kuning - 387 mata
2> Rumah Hijau - 376 mata
3> Rumah Biru - 300 mata
4> Rumah Merah - 197 mata