Penagihan dadah saling berkait rapat dengan jenayah. Selagi masalah penagihan dadah tidak dapat diatasi, maka banyak juga jenayah akan terus berlaku. Individu, keluarga, sekolah, pertubuhan agama, agensi kerajaan serta pihak swasta haruslah bekerjasama dalam usaha membendung gejala penyalahgunaan dadah dalam masyarakat kita.
Memandangkan pendidikan dan pencegahan merupakan kunci kepada kejayaan membanteras najis dadah di negara kita ini, maka SKSM tidak ketinggalan untuk memberi pemahaman kepada para pelajar tentang bahaya penggunaan dadah, fakta-fakta penting dadah, kesan serta simptomnya di samping mengetahui dan memahami pengaruh negatif desakan rakan sebaya dan cara-cara menanganinya.
Pada hari Rabu, 14 April, SKSM menganjurkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah kendalian Cgu Ainuddin. Seawal jam 08:00 diadakan ceramah anti dadah bertajuk “Dadah & Jenayah Musuh Negara“ yang disampaikan oleh pihak PDRM. Selepas rehat, diadakan pula pertandingan mewarna (Pra & Tahap 1) serta pertandingan melukis poster (Tahap 2) diikuti pertandingan menulis esei (Tahap 2). Acara bersambung pada sebelah petang iaitu pertandingan mendeklamasi sajak pada jam 03:00 dan tamat jam 05:00.
Berikutnya, pada hari Ahad 18 April diadakan pula majlis penutup. Di sebelah pagi, semua guru dan pelajar berkumpul di Dataran Perhimpunan. Setelah doa dibacakan oleh Ustaz Kamaruzaman b. Awang, Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan alu-aluan. Seterusnya ucapan perasmian penutup oleh En. Wan Salim b. Wan Ismail (PPDa, PPDKB). Berikutnya, acara bersambung dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan. Majlis tamat sejurus sebelum waktu Rehat Tahap 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan