(386) Tahniah Atas Pelantikan & Penempatan Sebagai Guru Siswazah DG41


Oleh:  Cgu Saufi
     

Saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga orang guru ini iaitu Cikgu Nik Azhar, Cikgu Zarinawati dan Cikgu Nor Aswarz. Beliau telah dilantik secara rasminya menjadi Guru Siswazah.

Kepada Cikgu Nik Azhar yang memberi kepercayaan kepada saya dalam menguruskan blog sekolah ini sekiranya beliau ditempatkan ke sekolah lain, saya ucapkan terima kasih. Kepercayaan yang diberikan itu adalah suatu yang bermakna tetapi mampukah saya menguruskan blog sekolah kerana saya tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam urusan berblog, lagipun saya juga mempunyai blog sendiri. Mungkin saya kesuntukan masa untuk menguruskan blog sekiranya lebih daripada satu. Saya tidak pandai mengatur ayat-ayat seperti cikgu Nik Azhar malahan dalam menulis berita atau cerita saya tidak berpengalaman dan masih mentah. Bila nak masak, saya pun tidak tahu???

Walau bagaimanapun saya berharap ketiga-tiga guru ini ditempatkan di sini juga. InsyaAllah.

*********

SALAM PENGENALAN DARI SAYA
Inilah pertama kali saya menulis di blog ini. Sekiranya ada kekurangan, beritahu dan bantulah saya.

- Guru Pemulihan Sri Melor

3 ulasan:

  1. Terima kasih kepada cikgu Nik kerana mengedit catatan saya. Ternyata olahan ayat-ayatnya lebih kemas setelah diedit. Saya berharap ianya diedit selalu bila saya postkan catatan di lain kali.

    BalasPadam
  2. suaimiyusof sk aring gmusang2/2/10 8:32 PTG

    salammm tahniah pie..... biasele masa berubah...kita terpaksa akur dengannyer... you r going 2 b a great photographer.

    BalasPadam
  3. sir, mu ada facebook dok?

    BalasPadam