(374) Pencapaian UPSR 2009

Sebagaimana biasa, SKSM meneruskan kecemerlangannya apabila seramai 30 orang pelajar telah memperolehi 5A dengan peratus am 79.2%. Pencapaian UPSR SK Sri Melor bagi tahun 2009 telah membawa sekolah ini sebagai Sekolah Harapan apabila menduduki tangga ke-13 di dalam Kelantan bagi kategori kecemerlangan (5A). Senarai teratas diungguli oleh SK Zainab 1 (91 orang), SK Dato' Hashim I (75 orang) dan SK Zainab 2 (58 orang).

Di peringkat PPD, Kota Bharu mendapat 72.8% dengan bilangan calon mendapat 5A sebanyak 17.1% daripada keseluruhan calon. Dari segi GPS, PPD Tumpat menduduki tempat pertama sementara PPD Kota Bharu di tempat ke-3. Dalam kategori bilangan 5A, negeri Kelantan menduduki tempat teratas berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia manakala di tangga ke-3 dari segi GPS. 

Menurut Penolong Kanan 1, SKSM telah menerima kiriman salam dan ucapan tahniah daripada Tuan Pegawai PPDKB serta Ketua Sektor JPN atas kecemerlangan UPSR 2009. Semoga pada tahun ini kejayaan dan kecemerlangan akan dapat diulang berkat usaha gigih kita semua, insyaAllah.


1 ulasan:

  1. Tahniah SK Sri Melor! Semoga kejayaan ini terus berulang tahun demi tahun...

    BalasPadam