(41) 18/03/09 Peperiksaan PTK

Pada pagi ini ramai guru yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Semua guru SKSM yang terlibat dengan PTK akan berada di SMKA Melor pada pagi ini. Didoakan semoga semua guru lulus dalam peperiksaan ini. Saya sendiri, alhamdulillah telah lulus kedua-dua kertas bersama Cgu Ainuddin, Cgu Asri dan juga Cgu Rosmaini. Walau bagaimanapun saya terpaksa juga ke SMKA Melor menghantar orang rumah. Selepas beliau selesai menduduki PTK nanti, saya dan famili akan bertolak pulang ke kampung halaman isteri di Selangor. Kepada pembaca blog sekalian, doakanlah semoga kami semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik serta kita semua dipermudahkan oleh Allah dalam perjalanan dan apa jua urusan, sama ada di dunia mahupun di akhirat, insyaAllah...

*Blog akan dikemaskini sebaik sahaja pulang ke tanah air nanti... insyaAllah.


What Is PTK?

Under the SSM or Sistem Saraan Malaysia, all civil servants must now sit for and pass the PTK or Penilaian Tahap Kecekapan to qualify for vertical and horizontal salary increments as well as promotions. These exam requires the civil servants to sit for two objective papers covering areas such as the government structure, legal system and General Orders. Questions like whether the subject areas they had to cover and study are reflective of their professional competency and what would be the effects on those who failed this PTK? A pass rate of is frightening and horrifyingly low. How did this happen? Were the questions so fantastically tough, considering that the papers were objective ones? Must be a nightmare for the candidates.


The Rationale for Introducing the PTK


When the New Remuneration Scheme (SSB) was introduced in 1991, civil servants moaned on the way their performance are being appraised saying it's too subjective and exposed to bias. There is some legitimacy to this apprehension because the rewards under SSB, namely static, horizontal or vertical salary increment and promotion, are solely dependent on the heads of department's appraisal and observation. In 2002, the Malaysian Remuneration Scheme (SSM) was introduced to replace SSB with the civil service undergoing changes in the organisational structure toward facilitating and speeding up the decision making process. With the introduction of the SSM, civil servants enjoyed new employment scheme with better emolument, including the basic salary, fixed and variable allowances, and better career prospects and the SSM emphasised on training and quality aspects.The benchmark in appraising the civil servants were also reviewed under SSM with the emphasis on the evaluation conducted by the evaluation panel and the competency shown by the civil servant through Competency Level Assessment (PTK).


Purpose of the PTK

The main purpose of the PTK is to encourage self-development through continuous learning process and implementing the competency based human resources management. The rational in implementing PTK is to ensure civil servants have the knowledge, expertise and positive values in ensuring efficient service delivery. It is also meant to enhance the capability of the civil servants in facing the challenges brought about by globalisation, the nation's competitiveness, the effectiveness in implementing projects and delivering the services in line with the expectation of the people and stakeholders.
The PTK appraisal varies according to the position held by the civil servants and the methodology in use includes the following; essay and multiple choice questions, evaluation during courses, practical, observation, tests or interviews. Other than that, the Competency Evaluation Board can decide a suitable PTK evaluation method including the professional competency test to complement or as a replacement for PTK.


Source;
http://govptk.blogspot.com

(40) Kehilangan Salinan Sijil SPM/PMR/UPSR

Makluman kepada sesiapa yang ingin mendapatkan salinan sijil yang hilang/musnah/tidak dituntut, permohonan boleh dibuat melalui pos atau pergi sendiri ke kaunter sijil Lembaga Peperiksaan Malaysia Aras 1 Blok E 11 Putrajaya.

Permohonan salinan sijil hendaklah disertakan dengan w
ang pos bernilai RM10.00 (atas nama Pengarah Peperiksaan), Surat Akuan Sumpah atau laporan polis tentang kehilangan sijil (hanya untuk permohonan secara pos), sampul surat beralamat sendiri dan bersetem dan alamatkan kepada;

Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E 11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
(U.P: Unit Pengurusan Maklumat dan Data)

Tempoh proses 4 minggu dari tarik menerima permohonan. Sila layari laman web LPM di http://www.moe.gov.my/lpm/ untuk keterangan lanjut. Salinan sijil hanya diproses di LPM Putrajaya.

(39) 16/03/09 Madihah Dapat 3 Tawaran ke Luar Negara

KOTA BHARU: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, menerima tiga tawaran biasiswa bagi membolehkannya melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat atau A Level di United Kingdom. Malah, kesempitan hidup keluarganya yang terpaksa tinggal di rumah serba daif mendapat perhatian kerajaan yang bersetuju memberikan sebuah rumah bernilai RM130,000 untuk diduduki mereka sekeluarga. Tawaran biasiswa daripada Petronas, Bank Negara dan Mara itu hadir tepat pada masanya ketika bapa pelajar berkenaan, Nik Mohd Kamal Husin, 41, buntu memikirkan masa depan anaknya untuk melanjutkan pelajaran kerana kesempitan hidup. -BeritaHarian

(38) 12/03/09 Anak Nelayan 20A

KOTA BHARU: “Ayah dan ibu saya bukan orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayah pula bekerja sebagai nelayan. Ia menjadi tanggungjawab saya untuk membalas budi kedua-dua mereka, selain mahu mengubah nasib keluarga,” kata Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18, yang memperoleh keputusan cemerlang 20A termasuk satu 2A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan, semalam.

Pelajar Sekolah Maahad Muhammadi (Perempuan) ini berkata, dia bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dan sentiasa mengamalkan bacaan al-Quran serta solat hajat sebagai petua kejayaannya. Anak jati perkampungan nelayan, Kampung Parang Puting, dekat Pantai Sabak ini, berkata demikian selepas menerima keputusan peperiksaan semalam. -HarianMetro

(37) 12/03/09 Anak Nelayan Dapat 20A Dalam SPM

KOTA BHARU 12 Mac – Seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat sejarah dalam pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperoleh A dalam 20 mata pelajaran yang diambil. Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang bercita-cita menjadi ahli fizik itu memperoleh 19 1A dan 1 A2.Dia berusaha mengambil kesemua mata pelajaran itu dengan alasan untuk mencabar keupayaan dirinya sendiri dalam menimba ilmu pengetahuan. - UtusanMalaysia

****

Semoga berita di atas menjadi pendorong bagi kita semua mencapai kejayaan. Jika seorang anak nelayan yang serba kekurangan mampu melakukannya, mengapa tidak kita?

(36) 15/03/09 Ziarah ICT Bekas Pelajar


Empat orang bekas pelajar SKSM (UPSR'08) telah datang berkunjung untuk berbincang tentang pentadbiran laman web Alumni SKSM. Mereka terdiri daripada Muaz b. Mohd. Shakrol Bahadi, Adi Abdul Muiz b. Mohammed, Muhammad Fakhri b. Faisal dan juga Nik Muhammad Hasif b. Ahmad Mokhjamil. Muaz sewaktu di SKSM pernah mewakili sekolah dalam Tilawah al-Quran. Namun sangat ketara kalau saya katakan yang beliau kini merupakan seorang 'computerholic' atau 'computer addict'. Oleh itu, telah saya lantik beliau menjadi moderator yang akan mengambil alih pengurusan laman web alumni (http://groups.yahoo.com/group/srimelor). Dalam kesempatan ini juga, saya sempat menyalin gambar-gambar bekas pelajar SKSM (UPSR'08) untuk kegunaan beliau memajukan laman web. Saya juga sempat bertanya padanya beberapa perkara berkenaan dengan ICT terutama sekali tentang cbox.

(35) Kemesraan Sesama Guru





Siapalah yang tidak tersengih atau sekurang-kurangnya tersenyum 'temewek' melihat gambar di atas... lihatlah betapa akrab dan mesranya hubungan antara guru-guru di sekolah ini. Meskipun sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan namun usikan dan gurau senda sentiasa mengiringi. Sifat sebeginilah yang menjamin kemesraan di kalangan guru-guru.

(34) 06/04/08 Fenomena Halo di Angkasa SKSM




Pada 6 April tahun lalu, warga SKSM pernah digemparkan oleh suatu pemandangan ajaib yang kelihatan di angkasa. Hampir semua guru dan pelajar telah keluar untuk melihat pemandangan aneh tersebut. Pelangi yang pada mulanya kelihatan melengkung secara beransur-ansur membulat melingkungi matahari. Setelah agak lama kekal dalam keadaan tersebut, kemudiannya tepat jam 12 tengah hari pelangi tersebut kian menghilang dan akhirnya kembali seperti sediakala. Subhanallah! Sungguh indah ciptaan Allah!

Kejadian tersebut dikenali sebagai 'Fenomena Halo'.
Teori sains mengatakan Fenomena Solar Halo ini terjadi apabila kandungan jutaan hablur atau kristal ais berbentuk heksagon di atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya yang berlainan seakan-akan pelangi.

Untuk rujukan lanjut sila lawati;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Fenomena_halo

(33) Pasukan Nasyid Sekolah: Sejarah & Nostalgia (ii)

Pada tahun 2003, pasukan nasyid sekolah diwakili oleh pelajar-pelajar perempuan. Bilangannya dikurangkan kepada 9 orang sahaja dengan vokalis utamanya Nur Ain bt. Dzulkiflee yang tidak kurang hebatnya. Tahun tersebut menyaksikan nama kumpulan turut berubah menjadi 'Soutus-Sofwa' dengan mendapat Naib Johan di Peringkat PPD untuk melayakkan diri ke Peringkat Negeri di SMU Falahiah, Pasir Pekan (2003).

Soutus-Sofwa 2002-2003 (Solo:Ain)

Pada tahun-tahun berikutnya, pasukan nasyid sekolah dengan vokalis utamanya Nursyazanianis bt. Shafie pernah beberapa kali memenangi pertandingan di peringkat QIT tetapi gagal di peringkat PPD. Syaza menunjukkan minat dalam bidang nasyid sejak dalam Tahun 3 lagi di mana beliau merupakan peserta termuda pada ketika itu. Beliau juga merupakan pemenang Pertandingan Syair Peringkat QIT dan mendapat tempat ketiga di Peringkat PPD. Kali ini, Cikgu Nik sekali lagi terpaksa bermain keyboard walaupun sudah lama pencen dalam bidang tersebut.

Soutus-Sofwa 2004 & 2005 (Solo: Sayaza)

Mulai tahun 2006, suatu pembaharuan telah dilakukan di mana para ahli terdiri daripada 3 pemuzik (dengan hanya 3 jenis alat muzik sahaja dibenarkan) dan 6 orang penasyid. Vokalis utama pada waktu itu ialah Siti Sarah bt. Mohd. Hassan Hilmi. Sarah merupakan adik kepada Aliff yang pernah menjadi vokalis utama nasyid (1999-2001). Beliau juga telah memenangi Pertandingan Bintang Kecil Peringkat QIT pada tahun 2008 dan tempat kedua di Peringkat PPD.

Siti Sarah

Jika dulu, pasukan nasyid sekolah tidak bermain apa-apa alat muzik, namun seiring dengan perkembangan masa dan syarat terbaru, sekolah kita tidak ketinggalan. Pasukan kita pada mulanya hanya bermain alat bongo, tamborin dan maracas tetapi mulai tahun 2009, alat muzik pasukan kita telah diubah kepada bongo, conga dan shaker. Memandangkan saya tidak mempunyai kemahiran bermain alat perkusi terutamanya bongo dan conga, maka jurulatih luar terpaksa diimport iaitu dari kalangan bekas pelajar (juga bekas ahli kumpulan nasyid) sekolah ini yang kini aktif bernasyid di sekolah mereka (SMKA Melor, Padang Raja).

Soutus-Sofwa 2006 (Solo: Sarah)


Soutus-Sofwa 2007 (Solo:Sarah)

Soutus-Sofwa 2008 (Solo: Sarah)

(32) Pasukan Nasyid Sekolah: Sejarah & Nostalgia (i)

Pada tahun 1998, iaitu tahun pertama saya menjejakkan kaki di sekolah ini, pasukan nasyid sekolah ketika itu dibimbing oleh Ust Hjh. Zaziah, Ust Zakiah (allahyarhamah) dan beberapa orang guru lain. Kumpulan tersebut dianggotai oleh 15 pelajar perempuan berbaju kuning bintik merah dengan vokal solonya Wan Amalina bt. Wan Aziz (yang kemudiannya bertukar ke SK Kem). Pada tahun berikutnya, saya pula telah diberi kepercayaan untuk melatih kumpulan nasyid sekolah. Memandangkan pada ketika itu terdapat seorang pelajar lelaki bersuara emas iaitu Mohd. Aliff b. Hj. Hassan Hilmi, maka pasukan tersebut kemudiannya diwakili oleh pelajar-pelajar lelaki pula dan dinamakan 'Soutul Haq'.

Soutul-Haq 1999 (Solo: Aliff)

Suara Mohd. Aliff memang 'gifted' sehingga ramai yang berkata suaranya meremangkan bulu roma. Bakat beliau mula dicungkil sejak beliau berada di Tahun 2 dan 3 lagi apabila sering dijemput untuk mempersembahkan syair pada hari-hari upacara sekolah. Malah, suatu peristiwa aneh pernah berlaku sewaktu pertandingan di peringkat QIT, kalau tak salah saya di SK Raja Abdullah, saya terlihat Tn. Hj. Abdullah Zawawi (PK1 ketika itu) menitiskan air mata sewaktu Aliff memperdengarkan suaranya. Saya tidak pula berasa hairan atau pelik pada waktu itu kerana saya sendiri merasa syahdu (walaupun tidak sampai ke peringkat 'tangkap leleh'). Sangkaan saya hanya kami berdua sahaja yang berperasaan sedemikian tetapi rupa-rupanya silap. Ramai lagi guru lain yang merasai perasaan yang sama, malah penonton-penonton lain turut terpegun mendengar suaranya. Keadaan serupa berlaku di peringkat PPD dan juga negeri.

Sewaktu pertandingan di SMK Pangkal Meleret, keadaan yang hingar-bingar dan hiruk-pikuk tiba-tiba senyap..... Senyap digg! Waktu itu semua tumpuan diberikan kepada persembahan nasyid sekolah kita. Saya terdengar satu suara dari seorang penonton berkata, "Ddiri bulu roma wehh soro budok nih!" Begitulah hebatnya bakat yang ada padanya. Selain aktif dalam nasyid, Aliff turut menyertai pertandingan syair. Saya telah diminta untuk bermain keyboard bagi mengiringi Aliff di Pertandingan Syair di Peringkat QIT, Peringkat PPD dan akhir sekali muncul Johan dalam Pertandingan Syair Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pengkalan Chepa atau kini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN). Mungkin tidak ada seorang pun yang menyedari, intro yang saya gunakan untuk iringan syair Aliff adalah dari lagu 'Apa Khabar Sayang' (Sweet Charity)!

Soutul Haq 2000 - 2001 (Solo: Aliff)

Berbalik kepada pasukan 'Soutul Haq' itu tadi, walaupun hanya berjaya mendapat tempat ke-3 di Peringkat QIT pada tahun tersebut, namun menyedari bakat besar yang ada pada kita, maka latihan dibuat dengan lebih intensif. Pada tahun 2000, kita telah mendapat Johan QIT, Naib Johan di Peringkat PPD seterusnya layak ke Peringkat Negeri Kelantan yang mana pertandingan diadakan di SMS Tg. Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa. Walaupun hanya mendapat tempat ketiga, namun kita sedar untuk sampai ke peringkat negeri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Seterusnya pada tahun 2001, kita tidak lagi menoleh ke belakang. Kita mendapat Johan Peringkat QIT, Johan di Peringkat PPD dan sekali lagi layak ke Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan bertempat di SMK Pangkal Meleret, Machang. Kali ini, kita amat yakin akan mendapat Johan Negeri, namun takdir mengatasi segalanya. Keputusan para hakim adalah muktamad. Kita dipaksa berpuas hati dengan mendapat Naib Johan. Begitulah sejarah kegemilangan pasukan nasyid ketika itu.


(31) 10/03/09 Pasukan Nasyid 2009: Soutul-Hikmah



Festival Nasyid Peringkat QIT Melor akan diadakan pada hari Khamis, 12 Mac nanti bertempat di SK Raja Abdullah. Pasukan sekolah kita, insyaAllah akan turut sama bertanding dengan membawa 2 buah lagu iaitu lagu tema, 'Aqidah Membentuk Jati Diri Cemerlang' dan lagu kedua 'Mari Berjemaah' yang menyeru agar kita semua sentiasa bersolat secara berjemaah.

Pasukan nasyid pada tahun ini disertai oleh 10 orang pelajar lelaki Tahun 5 dengan membawa nama 'Soutul-Hikmah';

Pengurus : Ust Zaiton bt. Yusoff & Ust Arija Wardati bt. Abd. Rahman

Jurulatih :
Cgu Nik Azhar b. Nik Mustafa

Vokalis Utama :
Tuan Zulqarnain b. Tuan Ramli

Ahli :
Ikmal Aliff b. Mohd. Asri, Muhammad Afiq b. Dzulkefle, Mohammad Izzuddin b. Hasan Basri, Ahmad Idham b. Abdul Hamid & Muhammad Irfan b.Hj. Sauti

Muzik Bongo :
Helmi b. Che Hasni

Muzik Conga :
Muhamad Qamarul Arief b. Hazani

Muzik Tamborine/Shaker : Wan Muhammad Fadhli b. Wan Fauzi

Ahli Simpanan : Muhamad Syaqir Irfan b. Mohd. Nasir

Walaupun pasukan ini baru sahaja ditubuhkan 3 minggu yang lalu, namun hasil kerja keras semua pihak maka pasukan ini semakin mantap meskipun masih terdapat banyak ruang yang boleh dimurnikan lagi. Kita juga berharap agar pasukan ini mampu menempa sejarah sepertimana pasukan nasyid kita sebelum ini yang pernah melayakkan diri sebanyak 3 kali ke peringkat negeri.

*****

Berita terkini: Pertandingan telah diadakan pada 12 Mac. Pasukan nasyid SKSM hanya berjaya mendapat Naib Johan. Alhamdulillaah. Kita pun tak menyangka kerana semuanya berlaku dalam masa 3 minggu sahaja, bermula dari pencarian ahli, mencari lagu, membeli alat muzik, melatih, dsb. Lagipun kehebatan pasukan dari SK Melor juga agak ketara. Walau bagaimanapun SK Melor hanya mendapat tempat ketiga. Muziknya bagus, vokal solonya sangat bagus tetapi lagu pertamanya tidak berentak padang pasir (masri). Itu yang silapnya. Johan pertandingan, SK Chengal juga ketara pada vokal solonya. Walaupun layak ke peringkat PPD namun masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki terutama sekali dalam permainan alat muzik. Kelemahan pasukan kita pula paling ketara pada vokal ramai yang tenggelam tak timbul-timbul. Boleh pula tu, masa tengah syok2 nyanyi, kaki mikrofon tiba-tiba lembik jatuh berhadapan dengan lutut peserta. Tiada petugas yang ke hadapan untuk membaiki. Saya? Saya hakim, mana boleh tolong-tolong! Buat dekk aje laa....

(30) 10/03/09 Program Pengalaman Berasaskan Sekolah

Seramai 3 orang guru pelatih telah datang ke sekolah ini untuk mengikuti Program Pengalaman Berasaskan Sekolah selama 5 hari bermula 9 Mac hingga 13 Mac. Ketiga-tiga mereka kini sedang mengikuti Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Januari 2008 di mana Ahmad Zakir b. Mohd. Amin dari Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah manakala Muhamad Syazwan b. Halim dan Husni Mohamad Syahir b. Taib dari Institut Perguruan Islam Selangor, Bangi, Selangor.

Mereka berada di sekolah ini untuk melaksanakan tugasan yang berkaitan dengan mata pelajaran elektif mereka sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak institut dan tidak terlibat dengan sebarang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.




Selepas sekolah bercuti selama seminggu nanti, seramai 3 orang guru pelatih lagi akan datang ke sekolah ini untuk mengikuti program yang sama bermula 23 Mac hingga 27 Mac. Mereka ialah Nur Idayu bt. Mohd. Yusof dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang serta Nur Diyana bt. Zakaria dan Nur Laila bt. Makhtar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh, Hulu Kinta, Perak.


(29) 10/03/09 Mari Bernasyid Sempena Maulidur Rasul

Cahaya Selawat
(RAIHAN)

Ya Nabi salam alaika
Ya Rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya Rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa

(28) 09/03/09 Metro : Guru Usah Matikan Minat Murid

TANGGAPAN sukar untuk mendapat keputusan cemerlang A dalam mata pelajaran Sains di sekolah terutama Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) boleh ditangkis dan dielakkan. Ini kerana semua perkara yang sukar boleh menjadi mudah dengan usaha dan komitmen pelbagai pihak termasuk guru, ibu bapa serta murid. Walaupun subjek itu dianggap sukar kerana dipelajari dalam bahasa Inggeris, ia boleh difahami murid secara beransur-ansur. Murid boleh menerima apa yang dipelajari serta memajukan diri bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Guru-guru perlu memainkan peranan penting dalam menanam minat murid terhadap pelajaran sains ini. Guru-guru sebenarnya ada 'senjata' tersendiri untuk melancarkan kempen supaya murid menjiwai pelajaran sains ini. Guru-guru boleh menerangkan konsep dalam dua bahasa asalkan murid memahaminya. Pendekatan dan kaedah menarik seperti uji kaji, hipotesis dan inkuiri penemuan perlu dilaksanakan dengan berkesan.

Mengajar Sains dalam dua bahasa bukan masalah utama yang memberikan tekanan kepada guru. Selain itu, ketika memasuki transformasi era pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), guru wajar menerima ledakan itu untuk terbuka minda mendidik murid misalnya dengan menerapkan elemen psikologi dalam usaha memupuk minat murid di samping mencintai pelajaran sains ini secara beransur-ansur. Pada peringkat awal, kejayaan dalam ujian bukanlah sandaran utama tetapi pemahaman konsep asas sains adalah tumpuan berharga. Adalah salah jika guru melayani dan mematikan minat murid terhadap pelajaran ini ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Sememangnya guru mempunyai tanggungjawab besar mendorong murid mempunyai semangat membara dalam mempelajari subjek ini dengan usaha supaya tidak mengalami keciciran. Bimbinglah murid melakukan latih tubi menjawab soalan ujian dan latihan supaya mereka lebih jelas dalam semua perkara. Dengan kaedah itu, murid juga berpeluang membincangkan topik sukar bersama dalam kelas. Tentunya tidak ada apa yang lebih menggembirakan hati guru melainkan melihat murid mendapat keputusan cemerlang dalam ujian.

(27) 08/03/09 Berselawat Sempena Maulidur Rasul







Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa : "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail a.s. telah berkata kepadaku."

Berkata Jibril a.s. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu setiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail a.s. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil a.s. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada
Allah s.w.t dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail a.s pula berkata : "Bagi mereka ya
ng berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para Nabi."

Sebagai menyambut ketibaan Maulidur Rasul, semua warga SKSM tidak melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. den
gan doa dan harapan agar kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.



(26) 08/03/09 Program Anti Dadah: Penyampaian Hadiah








Firman Allah s.w.t. : "Janganlah kamu mencampakkan diri-diri kamu ke dalam kebinasaan." (al-Baqarah: 195)

Dan firman-Nya lagi : "Dan janganlah kamu membunuh diri-diri kamu kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih kepadamu." (an-Nisa': 28)

Menyedari hakikat bahayanya dadah kepada diri, keluarga, negara dan agama maka Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah pada hari Khamis, 26 Februari yang lalu bagi memupuk kesedaran terhadap bahaya dadah di kalangan anak-anak kita di SKSM. Pertandingan tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan banyak karya bermutu yang telah dihasilkan mereka dan pada pagi ini, telah diadakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.



(25) 06/03/09 Kem Kepimpinan & Jati Diri: Sukaneka







Para peserta kelihatan sangat gembira sewaktu menyertai aktiviti sukaneka pada petang Jumaat itu. Di antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti mengambil syiling di dalam tepung, berebut kerusi, mengisi air ke dalam botol, menyambut plastik air, dsb. Tak kira menang ataupun kalah, apa yang penting adalah penyertaan, semangat kerjasama, semangat setiakawan serta kepuasan kerana dapat bermain bersama.

(24) 06/03/09 Kem Kepimpinan & Jati Diri: Khusyuk Dengar Ceramah

Penyampaian oleh para penceramah sama ada dalam kalangan guru-guru SKSM mahupun jemputan telah dimanfaatkan oleh para peserta. Selain daripada Tuan Guru Besar, Cgu Rozman dsb., kita turut menjemput lain-lain penceramah luar seperti Tn. Hj. Rasidi b. Yasin (Penolong Pengarah Dakwah dan Kepimpinan Pengurusan Pendidikan Islam & Moral, JPN Kelantan), En. Nik Mohd. Fauzi b. Ali (Kaunselor SMK Mahmud Mahyiddin, Tumpat) serta Tn. Hj. Khairul Anwar b. Khairuddin (Pengetua SMK Chabang Empat, Tumpat yang juga merupakan kaunselor kebangsaan).
Tn. Hj. Khairul Anwar - gelagat dan penyampaiannya yang
kelakar
membuatkan para peserta tidak kering gusi

Walaupun berada di tengah-tengah gelak ketawa kawan-kawan namun ada juga mereka yang mengalah lalu tersungkur dibuai mimpi indah... mungkin kerana terlalu kepenatan setelah seharian menjalani aktiviti tanpa rehat. Mari kita sama-sama lihat gambar-gambar mereka yang rebah;






(23) 06/03/09 Kem Kepimpinan & Jati Diri: It's BBQ Time!!!




Salah satu aktiviti yang paling menyeronokkan dan yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta termasuk guru-guru ialah acara 'barbecue' (BBQ). Para petugas telah bersiap dari awal menyiang ikan, ayam, sotong, dsb. dan memerap menggunakan ramuan istimewa. Bila tiba masanya, para petugas unit membakar pula mengambil alih. Hasilnya, pehhh.... kecur air liur. Pendek kata, staf SKSM ni dah boleh bukak 'western food restaurant' sendiri. Nama restoran tu, saya bagi cadangan - Masrof Chops Mazni Grills... amacam?

(22) 06/03/09 Kem Kepimpinan & Jati Diri

Cikgu Ainuddin (Setiausaha Program) sedang
menyampaikan taklimat kepada para peserta

Alhamdulillah, dengan Keizinan, Kekuasaan dan Kehendak Allah Yang Maha Esa, maka Kem Kepimpinan yang dirancang selama ini telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Program selama 3 hari yang bermula diadakan pada 5 - 7 Mac di Kem Kok Keli, Tumpat tersebut diadakan khusus buat para pemimpin cilik di sekolah iaitu para Pengawas serta barisan pimpinan Pengawas PSS dan unit-unit kokurikulum (unit beruniform, kelab, persatuan, dsb.).

Sememangnya dalam pencarian model pemimpin yang baik, 4 elemen iaitu intelek, ruhani, jasmani dan emosi perlu diperkukuh dan dimampankan yang mana keempat-empat elemen tersebut saling lengkap-melengkapi dalam membentuk karakter dan jati diri pemimpin yang unggul. Pastinya ilmu, iman, berhemah tinggi dan berhikmah menjadi transformer penganjak yang mesti diaktifkan untuk ianya terus mengaliri urat nadi kepemimpinan masa kini dan generasi harapan pimpinan masa depan. Sesungguhnya generasi hari inilah penentu kemandirian generasi hari esok. Merekalah rijal dan merekalah nisa’ penentu serta pembina hala tuju masa depan agama, bangsa dan negara agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tahniah dari pihak sekolah buat semua guru dan staf sokongan yang sudi berpenat lelah menjayakannya. Setiausaha program, Cikgu Ainuddin dan orang-orang kuat yang lain seperti Cikgu Najib, Cikgu Zulkifli Junoh, Cikgu Hj. Mokhjamil dsb. (sekadar menyebut beberapa nama) tentunya dapat tidur lena setelah sekian lama memerah keringat dan idea sebelum ini. InsyaAllah, usaha dan kerjasama kita semua akan dinilai dan diberi ganjaran oleh-Nya, insyaAllah.

*****

Program ini juga turut dijadikan sebagai medan 'reunion' apabila ramai guru yang pernah mengajar di SKSM dapat datang bertandang dan berbual-bual bersama. Mereka ialah Cgu Mohd. Asri b. Mohamed (PK1, SK Chiku 3, Gua Musang), Sir Suaimi b. Yusof (SK Aring, Gua Musang), Ust Rosdi b. Ab. Rahman (SK Kem, Pengkalan Chepa), Cgu Ruhani bt. Ismail (SK Pasir Pekan, Tumpat) dan Cgu Roslimy b. Mohamed (SK Tiong, Kota Bharu). Kehadiran mereka sungguh bermakna dan mengungkit kembali nostalgia lama. Mereka inilah juga tenaga-tenaga penting setiap kali mengadakan kem-kem seperti ini. Semoga jumpa lagi, ila lliqa'...

(21) 06/03/09 Kem Kepimpinan & Jati Diri: Sepatah Kata Dari Pentadbir



Sepatah kata daripada Tuan Guru Besar :

"Sebagaimana yang telah kita semua sedia maklum, program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi ilmu yang bermanfaat kepada para pengawas dan pengerusi-pengerusi kokurikulum di sekolah ini ke arah memantapkan lagi jati diri di samping memupuk semangat dan sikap bertanggungjawab, bekerjasama dan berdisiplin. Semoga program ini bakal membina dan melahirkan pemimpin yang berwawasan sebagai pelapis kepada pimpinan generasi baru kelak."

Seulas bicara daripada Penolong Kanan HEM :
"Program ini dirancang dan dijayakan kerana banyak faedah dan manfaat yang boleh dicurahkan untuk ditimba oleh para peserta. Diharapkan agar program ini berjaya memberikan kesedaran tentang perimustahaknya kita menggali potensi diri bagi mempertingkatkan prestasi serta mempunyai sifat-sifat yang sesuai sebagai seorang pemimpin sama ada sebagai Pengawas Sekolah atau Pengerusi unit-unit kokurikulum pada hari ini mahupun untuk diaplikasikan apabila menjadi pemimpin sebenar suatu hari nanti."

(20) 05/03/09 Aktiviti Bulan Bahasa: Persembahan Bercerita

Salwa... petah bercerita tetapi memerlukan sedikit lagi latihan
terutama dari segi gaya dan mimik muka

Anis... fasih bercerita dalam B. Inggeris. Jikalau dapat memahami isi cerita tentu penghayatan akan lebih bertumpu serta mendapat 'feel' yang sesuai.

Hidayah... Fasih dan lancar berbahasa Arab, Semoga terus maju
mempelajari bahasa syurga ini.

Salah satu slot pengisian dalam majlis Perasmian Penutup Bulan Bahasa ialah aktiviti bercerita. Lebih menarik lagi, aktiviti ini disampaikan oleh 3 orang murid menggunakan 3 bahasa yang berlainan iaitu Bahasa Melayu oleh Nurul Salwa bt. Hassan (4A1), Bahasa Inggeris oleh Nur Anis Mardihah (4A1) dan Bahasa Arab oleh Nurhidayah bt. Che Noor (5A1).