(310) Lagi 6 Perkara Untukmu Wanita


1) Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening."
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2) Kaki
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
(An-Nur: 31)

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayun atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3) Wangian
"Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4) Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."
(An-Nur : 31)

5) Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
(Riwayat At-Thabrani)

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
(Riwayat Muslim dan Bukhari)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan