Ramai yang bercita-cita untuk mati hari Jumaat kerana mendapat pelepasan dari sikaan alam barzakh. Malah, ada doa yang memohon agar apabila tiba waktunya kelak, kita dimatikan pada hari Jumaat - "Allahumma amitna sobaha ramadhana fi yaumil Jumaah".
Tetapi kejadian di sebuah hospital ini agak ganjil sedikit. Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama mengalami kejadian pelik apabila setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti akan meninggal pada malam Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.
Perkara ini sangat membingungkan para doktor lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut. Mungkinkah angkara makhluk halus? Apabila tiba malam Jumaat, beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika itu seorang pesakit lelaki muda sedang tidur.
Beberapa doktor memegang surah Yassin dan al-Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus. Masa berputar. Pukul 8 malam, 9 malam... sunyi tiada apa-apa. 10 malam....
Tiba-tiba......
Pintu bilik ICU itu terbuka....
Kelihatan Mak Mah atendan sambilan (sebagai pencuci lantai) yang hanya bertugas setiap Jumaat. Kata orang, dia ni mengamalkan ilmu hitam. Para doktor terus memakukan diri dalam gelap. Mak Mah masuk... mendekati katil tersebut... dan terus mencabut.... soket elektrik alat bantuan pernafasan. Kelihatan pesakit di situ tercungap-cungap tidak dapat bernafas.
Para doktor lalu menyerbu Mak Mah dan menangkapnya sambil yang lain memberi bantuan kecemasan kepada pesakit itu tadi.
"Apa yang Mak Mah buat ni...?????" tanya seorang doktor.
Mak Mah yang terkejut terus menjawab, "Macam biasalah doktor, saya cabut soket tu untuk disambungkan ke vacuum cleaner ni...."
"Apa? Itu pun salah keeee?" tanya Mak Mah selamba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan