(271) Selagi Masih Ada

Sesungguhnya pengorbanan IBU,
tak mungkin dapat dibalas,
hulurkan salam buat IBU,
semasa tangan IBU masih mampu menyambutnya,
pimpinlah tangan IBU,
selagi IBU masih boleh berjalan bersama-sama,
tenunglah mata IBU,
semasa IBU masih lagi boleh melihat,
bercakaplah dengan IBU,
semasa IBU masih lagi boleh mendengar,
berilah ucapan sayang kepada IBU
semasa IBU masih lagi boleh faham,
ingat dan kenanglah jasa IBU
selagi IBU masih ada,
selagi ibu masih ada....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan