(254) Perpindahan PK Kokurikulum


Jika tidak lama dahulu, Setiausaha Kokurikulum SKSM telah bertukar ke SK Manek Urai Baru, kini tiba giliran Penolong Kanan Kokurikulum pula. Pn. Hjh. Zaini bt. Awang telah menerima memo yang mengarahkan beliau bertugas di SK Kubang Kiat, Kota Bharu. Kepada Kak Ni, diucapkan selamat bertugas di tempat baru.

Mungkin berat kaki Kak Ni untuk meninggalkan SKSM tercinta ini, sebagaimana beratnya hati guru-guru untuk melepaskan pemergian Kak Ni, namun bagitulah... Sesungguhnya kehidupan ini memang memerlukan pengorbanan dan perubahan. Kehidupan yang singkat ini pasti akan melalui pelbagai fasa yang terkadang putih terkadang hitam. Banyak ujian dan dugaan serta persimpangan yang perlu dilalui.


“Dia (Allah) mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.”
(22:76)

Kami warga SKSM percaya, walau di manapun Kak Ni berada, Kak Ni pasti akan dapat menempuhinya dengan tenang dan bakal membawa keceriaan, kejayaan dan kecemerlangan di sana pula, insyaAllah. Jika sesekali teringatkan kami di sini, usah direnung pada rembulan, usah berseru pada ombak di pantai, usah berpesan pada angin lalu, handphone kan ada.... kalau tak nak call, hantar sahaja sms, maka tentunya tali silaturrahim antara kita yang telah sedia terjalin tidak akan terputus sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan