(211) Sebuah Kisah Untuk Direnungi: Ibu Atau Anak???

Kisah Untuk Renungan...

Seorang lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju ke arahnya.

"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.

"Jadi bagaimana doktor...?"

"Kami tak mungkin berupaya untuk menyelamatkan kedua-duanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan - menyelamatkan si ibu atau menyelamatkan si bayi!"

Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata..... "Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.

Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu, "Doktor, saya sangat bingung. Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang bersalin. Dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini, dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

*****

Ini adalah salah satu contoh bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan pada saat genting. Bagi seorang doktor beragama Kristian, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu manakala bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu dan mengorbankan si bayi. Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? Dalam ajaran Kristian, setiap manusia yang lahir ke dunia membawa dosa-dosa bersamanya. Doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang penebus dosa (ketua paderi). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptis bagi menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka kerana dosanya belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah atausuci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu. Dengan terselamatnya si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapat ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat diselamatkan, biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci dan masuk ke syurga. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan jalan hidup kita. Itulah sebabnya amat penting bagi kita orang Islam menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor muslim.

Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun solat Subuh.
2. Nak makan tengah hari dahulu, atau solat Zohor dahulu.
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah atau singgah ke gerai kopi dahulu.
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja.
5. Menyegerakan berkahwin, atau menangguhnya.
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia.
7. Dan banyak lagi.....

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Kesimpulannya, perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan majlis-majlis ilmu. Mudah-mudahan kita terselamat di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan