(204) Lebah di Sri Melor


Warga SKSM tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran sang lebah yang bersarang di Block D. Walaupun saiznya tidak berapa besar tapi bagi lebah jenis 'lebah lalat', ianya sudah cukup besar walaupun tidak sebesar sarang 'lebah sawa'. Mungkin sedikit masa lagi pihak bomba akan datang mengambil tindakan. Risau juga takut-takut ada yang 'gatal tangan' membaling, melastik atau apa sahaja yang boleh mengganggu sang lebah, tentu buruk padahnya.


Pada pagi ini, PK Pentadbiran, Tn. Hj. Zakaria telahpun menghubungi pihak bomba Ketereh (09-7884444) dan bercakap dengan pegawainya, En. Kamarulzaman. Beliau telah menerima laporan dan akan mengambil tindakan selanjutnya. Phak bomba mungkin akan datang meninjau pada pagi ini tetapi biasanya kerja-kerja menangani lebah dibuat pada waktu malam.


Bicara tentang lebah, teringat tentang madunya. Disebutkan dalam al-Quran, surat An-Nahl ayat 68-69, "Di dalam madu lebah terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia". Produk yang terhasil dari sang lebah termasuklah madu, propolis, royal jelly, bee pollen, bee venom, lilin lebah, madu sarang, roti lebah, larva lebah, dan phedra.

Penggunaan madu lebah untuk kesihatan sememangnya telah diketahui sejak ribuan tahun lalu. Lukisan karang zaman batu (6000 SM) memperlihatkan kegiatan memburu madu. Bukti tertua penggunaan madu untuk mengubati infeksi kulit dan luka, penyakit mata dan telinga, tertulis dalam keramik bangsa Samaria (2000 SM). The Ebers Papyrus (1550 SM) mencatatkan bahawa madu juga boleh digunakan untuk pemakaian luar, misalnya untuk terapi kebotakan, luka terbakar, dsb.

Madu juga boleh dimanfaatkan untuk menyembuhkan luka selepas pembedahan termasuklah sunat, supositoria, mengurangkan keradangan serta meredakan sakit sendi. Penggunaan sengat lebah untuk terapi sengal sendi dan artrithis telah lama dilakukan oleh bangsa Yunani. Pada tahun 1888, Dr. Philip Tere dari Perancis meneliti hubungan antara sengat lebah dan sendi. Sebelumnya, tahun 1864, Prof. Libowsky melaporkan kesembuhan pesakitnya yang menderita sakit sendi setelah diterapi dengan sengatan lebah.

Perubatan menggunakan sengatan (bisa) lebah dikenal sebagai apipuntur, iaitu sebahagian daripada apiterapi yang memanfaatkan bisa lebah bersama kaedah akupuntur. Sengat atau bisa lebah sangat baik untuk menormalkan segala aktiviti pembuluh darah dan saraf kerana ia mengandungi melitin, apamin, peptida 401 (MDC), inhibitor protease, dan norepinephrine. Apiterapi secara umum dimanfaatkan untuk meredakan gangguan sendi, angin, flu, salah urat, hinggalah kepada penyakit berat seperti darah tinggi, diabetes dan kanser.

...lagi info tentang madu dan lebah, sila lihat posting (85).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan