(198) Hari Bapa

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan serta untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa kini disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu melibatkan pemberian hadiah kepada bapa serta lain-lain aktiviti kekeluargaan.

Walau bagaimanapun, ramai berpegang bahawa tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun pada setiap tahun. Ini bermakna tahun ini jatuh pada 21 Jun 2009. Sebagaimana kebiasaan, hari bapa kurang mendapat sambutan berbanding hari ibu. Namun terdapat juga pihak yang menyarankan untuk tidak menyambut hari bapa ataupun hari ibu ini kerana bimbang ingatan terhadap ibu bapa hanya datang secara bermusim. Walaupun begitu ada juga pihak yang menggabungkan sambutan kedua-dua hari ini dan mengingatkan bahawa ibu bapa perlulah sentiasa diingati sepanjang tahun.



Sajak Selamat Hari Bapa, Abah Wan

Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah

kerana abah aku di sini
kerana abah aku gembira
kerana abah kurasa bahagia…
abah, oh abah

sejak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
sejak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
sejak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang raja

abah…
ketika aku mengalah engkau semangatku
ketika aku sakit engkau penawarku
ketika aku bersedih engkaulah air mataku
ketika aku ketawa engkaulah riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka-laramu
selamat hari bapa, abah…

Nukilan;
Syazwan, June 2007

Tiada ulasan:

Catat Ulasan