(193) Kata Laluan

Anda tentu biasa menggunakan atau diminta mencipta KATA LALUAN untuk mengakses perkhidmatan dan maklumat yang disediakan secara online di laman web. Garis panduan bagi mencipta, memilih dan mengingati kata laluan boleh diikuti dengan mempraktikkan beberapa perkara berikut:

1. Jangan sesekali berkongsi, mencatat atau menghantar kata laluan kepada orang lain menerusi e-mel.
2. Mempunyai sekurang-kurangnya lapan (8) aksara.
3. Mengandungi kombinasi huruf besar dan huruf kecil.
4. Mengandungi kombinasi huruf, angka dan simbol (alfanumerik)
5. Mengandungi kunci tanda bacaan. Penggunaan kunci tanda bacaan dianggap penting kerana ia boleh membezakan di antara kata laluan yang senang dipecahkan oleh penggodam atau kurang selamat dan sebaliknya.
6. Tukar kata laluan dengan lebih kerap, sekurang-kurangnya setiap 3 bulan.
7. Guna kata laluan yang berlainan bagi aplikasi yang berbeza. Teknik yang biasa digunakan ialah menggabungkan setiap nama aplikasi yang berbeza dengan kata laluan asas yang masih dikekalkan.
8. Mudah diingati tetapi sukar bagi orang lain untuk meneka. Elakkan perkataan atau frasa biasa yang “mudah diteka”. Penggodam boleh menggunakan perisian yang canggih untuk memecahkan kata laluan.
9. Gunakan cara mnemonic atau perkataan ringkas yang mudah diingat. Tulis satu ayat yang mempunyai makna peribadi. Kemudian ambil huruf pertama atau huruf terakhir pada setiap perkataan dan gabungkan dengan nombor dan simbol bagi menghasilkan kata laluan anda. Contohnya, ayat seperti “I know where I was born at 1967”. Kata laluan yang dihasilkan adalah “IkwIwb@1967”.


Sumber :
http://www.moi.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan