(191) Ronaldo Tinggalkan MU, Cikgu Najib Pula ke MU
Sebagaimana yang kita semua maklum, para peminat MU agat terkejut mendapat berita pemain kesayangan mereka, Christiano Ronaldo akan meninggalkan MU untuk berpindah ke Read Madrid dengan bayaran RM130 juta. Itu berita bola sepak.
Dalam dunia pendidikan, khususnya di SKSM pula, warga Sri Melor juga turut terkejut kerana bakal bakal kehilangan seorang guru yang akan berpindah ke MU. Beliau ialah Cikgu Najib, Setiausaha Kokurikulum yang juga Penolong Penyelaras ICT Sekolah. Jika Ronaldo berpindah dari
MU = Manchester United, Cgu Najib pula berpindah ke
MU = Manek Urai United.
Beliau akan bertugas di SK Manek Urai Baru bermula bulan Mei ini. Jadi, kepada beliau diucapkan selamat bertugas di tempat baru dan jangan lupakan kami di Melor. Sesekali membeli pisang murah di MU, singgah-singgahlah di SKSM. Kecil tapak tangan, bonet kereta kami tadahkan. Apa-apapun, berhati-hati di jalan raya kerana Cgu Najib bakal melalui sejauh 85km perjalanan pergi dan 85km perjalanan balik pada setiap hari dari Melor ke MU.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan