(175) Guru-Guru Di Pesta Sukan

Abe Soh selaku pengurus peserta sentiasa sibuk memanggil nama untuk memastikan acara berjalan lancar

Kerja, kerja jugak... sambil tu jangan lupa membasahkan tekak yang haus.

Isi elok-elok... kalau sponge ni tak cukup besar, nanti besok cikgu bawakkan spongebob untuk awak

PK Ko dan Ust Hjh. Zaziah menumpang berteduh dari terik panasnya mentari. "Jange lupo mari rumoh Kak Ni, 7hb ni Nik dehh?" Eh ehh, sempat lagi berpesan-pesan dengan kesabaran tu.... OK Kak Ni, insyaAllah tak lupa, kami datang 1 batalion...

Oii... mana aci macam ni. Takkan muzik iringan sukaneka pakai lagu MP3 dari 'handphone' aje... Ini mesti lagu 'Anok Tokde Besar' ni...

Patut laa nampak mendung je, ingatkan hari dah nak hujan. Rupanya pakai kaca mata hitam Panca Sitara...

Apalah agaknya yang lucu sangat tu? Tahniahlah kepada 'cameraman' kerana dapat merakam detik-detik yang paling kelakar bagi mereka berdua.

Rasanya, sejak saya mengenali Cgu Rosli, belum pernah saya tengok dia ketawa sampai macam tu sekali. Tolonglah cerita pada kitorang, apa yang kelakar sangat tu...?

Mari kita perhati gambar ni dari jarak dekat. Saya sendiri pun tersengih sorang2 bila tengok gambar diorang ni... Aduuuuyaii, senak perut dibuatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan