(163) Cikgu Ruzman Kini di Hospital


Berita mengejutkan yang baru diterima, Cgu Ruzman telah dimasukkan ke wad petang semalam apabila ia mengadu sakit-sakit di dada. Beliau kini berada di Wad Bendahara, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Baru-baru ini Cgu Ruzman telah dimasukkan ke wad selama beberapa hari tetapi telah dibenarkan pulang dan mula bertugas seperti biasa apabila beliau sudah agak sihat. Walau bagaimanapun keadaannya masih belum pulih sepenuhnya apabila pagi semalam beliau kelihatan letih.


Untuk itu, sama-samalah kita berdoa agar Cgu Ruzma
n kembali sihat seperti sediakala. Pesan kami, jangan lupa membaca selawat syifa' (selawat tibb) seberapa banyak yang boleh, dan sewaktu makan ubat, ucapkanlah 'bismillahi syafi'.


*****

Cgu Ruzman khabarnya telah beransur pulih. Setelah dimasukkan ke Wad Bendahara, beliau dipindahkan ke Wad 10 dan semalam pagi beliau telah didiscaj. Cgu Saufi ada ke hospital petang semalam kerana tidak menduga Cgu Man telah pulang. Apa-apapun, pesan untuk Cgu Man, berehatlah secukupnya dan usah terlalu gusar. Ada hamba-hamba-Nya dikurniakan rahmat melalui ibadat, ada juga hamba-hamba-Nya mendapat rahmat melalui penyakit. Allah yasyfii ka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan