(161) Hari Guru: Persembahan Puisi

Pada mulanya dia adalah MC... bukannya MC tak hadir kerana sakit, bukan juga Member of Congress, tetapi Master of Ceremony. Dia menjemput orang itu dan orang ini untuk membuat persembahan.

Namun apabila tiba giliran slot berpuisi, kesantunannya menuturkan bait-bait perkataan sebagai MC telah bertukar intonasi apabila dia bangun mendeklemasikan sajak.

Itulah dia Cgu Suria... Irama dan lagu tidak boleh dipisahkan. Seumpama Daud Bukit Abal dengan Dikir Barat, Saufi dengan wayang kulit, Ronaldinho dengan bola sepak, Nicole David dengan skuasy dan Lee Chong Wei dengan badminton, begitulah juga dengan Cgu Suria dan sajak...

Selain Cgu Suria, tidak ketinggalan Cgu Rosmawati yang menyampaikan syair bertemakan guru-guru. Alunan suaranya menyebabkan saya beberapa kali menguap. Begitulah kelebihan guru-guru di SK Sri Melor yang bersuara buluh perindu dari jenis Bambusa multiplex varigata (Lour.) Raeusch yang sesuai digunakan untuk dibuat pagar rumah. He hee, jangan marre, aa? Gurau aje...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan