(154) Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru peringkat SKSM bertemakan 'Guru Pembina Negara Bangsa' telah diadakan dengan penuh meriah. Acara dibahagikan kepada 3 peringkat di 3 lokasi;

07:30am-08:30am
Dataran Bendera

Selepas bacaan doa oleh Ust Kamaruzaman, para guru dan murid menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan, Guru Malaysia serta lagu tema Hari Guru 2009, G
uru Pembina Negara Bangsa. Kemudian, bacaan Ikrar Guru Malaysia oleh para guru diikuti dengan ucapan oleh Ketua Murid, Wan Mohd. Syahmi b. Wan Shamsuddin, YDP PIBG Tn. Hj. Nik Ab. Aziz b. Nik Mahmood dan akhir sekali Tuan Guru Besar, En. Ismail b. Ibrahim.

08:30am-10:30am
Padang Sekolah

Para guru lelaki memulakan acara dengan permainan bola sepak diikuti dengan permainan bola tampar oleh guru-guru perempuan dan kemudiannya permainan bowling padang. Walaupun agak keletihan, namun para guru kelihatan puas dan gembira.


10:45am-01:15pm
Dewan Sekolah

Acara dewan dimulakan dengan bacaan perutusan Menteri Pelajaran (dibacakan oleh Cgu Asri) dan Ketua Pengarah Pelajaran (oleh Cgu Wan Abdullah). Seterusnya, acara dewan diselang-selikan dengan cabutan bertuah. Persembahan oleh para guru wanita menunjukkan bakat terendam sangat menghiburkan apabila mereka mengalunkan lagu-lagu medley irama 60an, nasyid dsb. Guru lelaki tidak kurang hebatnya apabila turut bernasyid. Menghangatkan suasana, Tuan Guru Besar turut memeriahkan acara apabila beliau sudi
menyanyi beberapa buah lagu diiringi muzik minus one (karaoke). Selain itu, Cgu Suria dan Cgu Rosmawati menyelitkan puisi-puisi syahdu diikuti persembahan karaoke oleh Guru Praktikum 14 Minggu BDK, Cgu Che Esah dan mengakhiri majlis, persembahan nyanyian oleh peserta Bintang Kecil, Siti Sarah.




Walaupun para guru agak keletihan, penat, sakit pinggang dan macam-macam lagi, namun sambutan yang meriah meninggalkan seribu satu kenangan. Kepada murid-murid yang sudi memberi hadiah, belajarlah rajin-rajin kerana kejayaan anda semua merupakan hadiah paling bermakna buat semua guru. Terima kasih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan