(145) 12/05/09 Hari Jururawat

Jururawat tidak dapat dipisahkan daripada institusi kesihatan di seluruh dunia. Tidak keterlaluan dikatakan peranannya dalam memastikan kelancaran tugasan doktor boleh dianggap sebagai tulang belakang kejayaan sesuatu operasi perubatan. Sayangnya kehebatan kerjaya itu kurang dihebahkan, tidak diperkatakan seperti bidang lain menyebabkan tidak ramai menyedari bahawa kerjaya profesional itu tidak setakat memberikan suntikan kepada pesakit dan membersihkan kekotoran ditinggalkan selepas selesai pembedahan. Hakikatnya tugas itu terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan tanggungjawab di galas, memberikan hanya terbaik untuk meneruskan kehidupan pesakit yang pelbagai, termasuk bertarung dengan nyawa sendiri apabila berhadapan penyakit berjangkit.

Besar tanggungjawab itu, menjadikan kerjaya kejururawatan turut memiliki potensi besar sehingga permintaan mendapatkan tenaga kerjanya mencurah-curah, malah ada tawaran bayaran gaji sehingga lima angka. Pernah mendengar mengenai pengangguran di kalangan lulusan kejururawatan? Tidak pernah, kan? Itulah kelebihan jurusan berkenaan. Tidak ada lulusan yang menganggur, sebaliknya belum tamat pengajian sudah ada institusi kesihatan yang menghantar borang tawaran. Bagi lelaki yang memikirkan ia hanya kerjaya untuk wanita pula, ubahlah tanggapan itu. Peluang kenaikan pangkat yang sentiasa meningkat dan permintaan yang semakin tinggi dalam bidang itu menjadikan ia pilihan terbaik untuk anda yang bercita-cita tinggi, lebih-lebih lagi dalam keadaan negara ketandusan jururawat lelaki.

Selamat Hari Jururawat...

hkulim.moh.gov.my/modules/news/makepdf.php?storyid=52

Tiada ulasan:

Catat Ulasan