(134) Susu Kambing (i)

Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah susu kambing. Ia merupakan makanan semula jadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian dan sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.

Mengapa Kambing Menjadi Pilihan?
Sememangnya emelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi. Walaupun ada unta, para Nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing kerana beberapa sebab;
1) Kambing ni suka membelah jemaah (berpecah). Jika dalam satu kumpulan, mesti ada seekor kambing yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.

2) Walaupun kambing suka makan rumput namun ia tak suka makan di padang ragut yang disediakan sebaliknya lebih suka memakan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.
3) ”Saya pi Mekah, saya tengok kambing-kambing ni jilat lumut kat atas batu,” kata Dr. Jamnul Azhar. Kambing ni jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab tu kita cuma minum susu kambing. Nabi s.a.w meminum segelas susu panas sebelum tidur.
4) Membela kambing mengajar rasa tawaduk. Kenapa tidak unta? Bukankah unta lebih besar nak dibandingkan dengan kambing? Sebenarnya dalam hal ini ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri.

Sabda Nabi s.a.w: ”Belalah kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan