(97) Duduk Iftirasy



Semoga kita semua dirahmati Allah s.w.t. Sebuah hadis daripada Abu Hamid al-Sa`idi r.a. katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad s.a.w., apabila Baginda duduk pada rakaat kedua (tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk iftirash).”
-Hadis sahih riwayat Bukhri

Pengajaran dari hadis;
1) Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama,
2) Duduk iftirasy juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith),
3) Amalan duduk iftirasy adalah sunnah Rasulullah dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah s.w.t.,
4) Amalan-amalan Rasulullah adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Selamat beramal dan selamat menyampaikan kepada yang lain.


Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambar rajah reflekslogi di atas, sewaktu dalam iftirasy ini, kaki kanan kita mendapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita mendapat tekanan di bahagian bawah dan tengah kaki. Ini memberikan tekanan refleksologi' secara menyeluruh. Bagi orang yang tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan refleksologi' untuk sebahagian tubuh sahaja, iaitu tidak meliputi bahagian - brain, neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, dsb. sepertimana dalam gambar rajah tersebut). Ini merugikan! Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita mendapat pahala kerana mengikut sunnah dan juga untuk kesihatan yang menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersice' untuk bahagian-bahagian kritikal yang dinyatakan di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan