(111) Mayat Tidak Reput


Sebuah hadis Rasulullah s.a.w ada menyebutkan bahawa 10 orang yang mayatnya TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal sewaktu mati iaitu;
1. Para Nabi

2. Para ahli jihad
3. Para alim ulama

4. Para syuhada

5. Para huffaz (penghafal al-Quran)

6. Imam atau pemimpin yang adil

7. Tukang azan

8. Wanita yang mati sewaktu melahirkan anak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat dari
kalangan mukmin.

Dalam satu riwayat yang lain, dari Jabir bin Abdullah r.a. Rasulullah bersabda;
"Apabila datang hari Qiamat dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: " Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang berpuasa dari kubur mereka dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng danbuah-buahan Syurga."

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, "Wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buah-buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi."

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa dengan orang-orang mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucapkan sebagaimana yang difirman oleh Allah s.w.t di dalam surah al-Haqqah yang bermaksud ; "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari yang telah lalu itu."

*Untuk renungan dan amalan bersama ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan