(102) Kelantan vs Selangor

Selepas 39 tahun, Kelantan akhirnya berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Piala FA selepas bangkit menumbangkan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu lalu. The Red Warriors layak walaupun terikat seri 2-2 berdasarkan kelebihan jaringan gol di tempat lawan. Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Kota Bharu lalu, NS sekadar mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Kelantan.

*****

Bawalah pulang,
pusaka keramat ke tanah tumpah darah Tok Janggut
39 tahun bermimpi duka
tiada pengabdian tercipta

di dalam lipatan sejarah

Hidup bermaruah tiada dihina
pantang dicabar cucu Tok Janggut
semangat membara di dada

hayunkan langkah perwira perkasa
tidak sekali berundur walau dicemar
walau dihina, walau dinista

Apakan hayat dikandung
badan
budi dan jasa tidak dilupa
39 tahun memendam duka
inilah masa merobek dada
hunuskan senjata kala
bertempur
doa dan selawat mengiringi perjalanan
laungan semangat seantero tempat
bergema doa iringan perwira

Aku pahlawan, engkau perwira
maju setapak berdentum guruh di langit
ingatlah, 25 harimu...
jangan dipandang
ke belakang
nescaya akan kamu bawa kisah lampau
namun 7 petala bumi 7 petala langit
kita panjikan semangat
RED WARRIORS
ke seluruh pelusuk bumi.


Oleh;
radhuan@mas.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan