(17) 05/03/09 Kem Kepimpinan di Kem Kok Keli

Kebanyakan para peserta bangkit dari tidur lebih awal dari kebiasaannya untuk mengemas barang-barang sebagai persediaan mengikuti Kem Kepimpinan. Dapat dilihat pada raut wajah mereka yang tidak sabar-sabar untuk ke Kem Kok Keli, Tumpat.


Kem Kepimpinan dan Jati Diri akan diadakan selama 3 hari tidak lama lagi iaitu bermula 5hb Mac hingga 7hb Mac di Kem Kok Keli, Tumpat, khas buat para Pengawas Sekolah dan lain-lain pemimpin di sekolah.

Rasional program:
Untuk melahirkan pemimpin masa depan yang proaktif, berwibawa dan berdaya saing, melatih pelajar dari segi sikap dan kesedaran terhadap kepimpinan, keberanian, kerjasama, disiplin dan sahsiah serta menerapkan nilai ketahanan mental dan fizikal, berdikari dan beramanah.

Objektif program:
Mempunyai sikap bertanggungjawab, bekerjasama, cekal, berdisiplin, berdikari serta bersih ruhani dan jasmani, menjalankan tugas mengikut peraturan dan bersiaga menerima arahan, melaksanakan tugas dengan rela hati dan tulus ikhlas, serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri pemimpin beriman dengan nilai-nilai murni dan berwawasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan