(15) 01/03/09 Ceramah Anti Dadah



Program anti dadah ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah Hal Ehwal Murid kelolaan Kaunselor Sekolah, En. Zulkifli Junoh bertempat di Musalla Sekolah melibatkan murid-murid Tahap 2. Majlis yang bermotokan "Sekolah Bebas Dadah" dimulakan dengan laungan slogan;

"KAMI BENCI DADAH!!!"

"KAMI TAK NAK ROKOK!!!"

Berikutnya penceramah jemputan iaitu En. Wan Sallim b. Wan Ismail, Pegawai Khas Pencegahan Dadah, PPD Kota Bharu menyampaikan ceramah dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan melukis poster anti dadah.



Guru Kaunselor Sekolah, Cikgu Zulkifli b. Junoh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan